Siapa tipu.

Petang tadi, syarikat penarafan antarabangsa Fitch mengekalkan penarafan Malaysia pada gred A- walaupun mereka menyemak semula tinjauan Malaysia daripada stabil kepada negatif seperti kebanyakan negara-negara lain dalam dunia masa krisis Covid ini.

Fitch kata gred kita dikekalkan kerana kewangan negara masih kukuh walaupun perlu menanggung kos pakej rangsangan Covid yang amat besar.

Mengulas tentang penarafan Fitch hari ini, Menteri Kewangan PN kata:

“Tambahan pula, rekod positif kerajaan dalam pengukuhan fiskal yang mana defisit berkurangan sebanyak separuh daripada -6.7 peratus daripada KDNK pada 2009 kepada -3.4 peratus daripada KDNK pada 2019,”

Sekali lagi, ini membongkarkan penipuan PH yang selama ini kata negara semakin bankrap dan tidak diurus dengan baik di bawah kerajaan BN masa saya PM.

Dengar betul-betul.

Rekod BN baik. Kita telah kurangkan defisit kerajaan 8 tahun berturut-turut dari -6.7% ke -2.8%.

Tapi masuk rejim Gagalkrasi PH sahaja, mereka naikkan defisit kerajaan ke 3.7% pada tahun 2018 dan 3.4% pada tahun 2019 dengan berbelanja jauh lebih besar.

Jika rejim itu tak jual aset negara dan tak jarah rizab tunai RM174 bilion Petronas, defisit untuk tahun 2018 dan 2019 akan menjadi jauh lebih besar.

Saya tahu ada penulis media sosial PH yang kata mereka terpaksa jarah Petronas untuk membayar balik refund GST.

(Hanya penulis media sosial yang berani jawab ini kerana pemimpin PH tak akan berani jawab kerana akan kantoi teruk)

Tapi tanya mereka:

  1. kenapa pulak perlu jarah sebanyak RM82 bilion untuk membayar balik RM19.2 bilion GST
  2. apa terjadi dengan kutipan GST bulan Mac 2018, April 2018 dan Mei 2018 yang mereka tidak bayar balik dalam tahun 2018;
  3. bagaimana kerajaan PH tanggung kos tax holiday 3 bulan serta kutipan hasil yang lebih rendah setelah mansuhkan GST pada tahun 2018?

Kebenarannya ialah PH telah menggunakan baki wang GST RM22.85 bilion yang ditinggalkan BN pada PRU14 (ya, cukup untuk membayar RM19.2 bilion yang dituduh Guan Eng sudah dirompak BN) serta kutipan GST untuk bulan April dan Mei 2018 untuk membiayai defisit dan tax holiday 3 bulan mereka.

Ya, PH telah gunakan wang itu tapi tipu bahawa BN rompak pulak.

Sebab itu, laporan PAC kata RM19.2 bilion itu tak dirompak seperti dituduh PH.

Bukti dari laporan PAC ada di sini (wajib baca):
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156529033995952

Walaupun PH telah jahanamkan defisit negara, naikkan kebergantungan negara kepada hasil minyak dan merosakkan pertumubuhan ekonomi dalam tempoh mereka memerintah, ekonomi dan kewangan negara masih kukuh kerana BN telah meninggalkan aset, rizab dan ekonomi yang kukuh.

Sebab itu, Fitch masih kekalkan penarafaan ekonomi kita pada gred A- walaupun kerajaan PN hari ini sedang melaksanakan pakej ekonomi ekonomi yang amat besar.

Tak bankrap dengan hutang kononnya RM1 trilion seperti ditipu PM ke-4/7/7i dan Menteri Kewayangan PH selama bertahun-tahun.

Jangan percaya PH lagi dan jangan benarkan mereka menipu sambil menjahanamkan negara kita lagi.

“9 April 2020: Fitch Ratings tetap penarafan M’sia pada A-“
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/675144/fitch-ratings-tetap-penarafan-msia-pada

Langit.

MB JOHOR DATANG KEDAI, ORANG LARI?

Tak baik korang buat Dr Sahruddin macam tu. Tapi nak buat macam manakan, itu je cara nak mengajar pemimpin yang tak ada dalam hati rakyat.

Ops Johor dapat info, kejadian berlaku semalam di Warung Manja, Rambah, sekitar DUN Kukup.

Siapa yang tak sakit hati dengan pentadbiran hari ini? Langsung tidak ada perancangan dan pendirian yang jelas! Tapi berlagak pandai.

Korang ingat kalau tak ada PRK nak ke dia turun ke Tanjung Piai bertanya khabar dan berjumpa rakyat? Jangan mimpilah! Kadang-kadang kita sendiri tertanya-tanya Johor ni ada MB ke tidak

Ketua kampung kalau minum kat warong pun ramai yang akan bersama, ini MB kot! takkan macam itu layanan nya?

Selalu dia turun ke program nampak ramai sebab dikerah semua penjawat awam untuk bersama, boleh lah dia mendongak ke langit, hari ini barulah dia tau langit tinggi ke rendah!

OpsJohor #PRKTanjungPiai